Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ASIABEAT Borneo Jazz Festival Miri 2022
Borneo Jazz Festival tahun ini bakal menampilkan ASIABEAT yang menampilkan pemain dram terkenal Asia, Lewis Pragasam.

ASIABEAT buat persembahan pada Borneo Jazz Festival di Miri

ByNurul Amarlina

KUCHING, 27 Mei : Pesta jazz antarabangsa paling lama di Asia Tenggara, Borneo Jazz Festival kembali pada tahun ini secara hibrid buat kali pertama dalam sejarah penganjurannya.

Bertemakan Jazz in The Jungle, edisi ke-17 ini bakal diadakan di Coco Cabana, Marina Bay, Miri bermula pada 24 hingga 26 Jun depan.

Setakat ini artis dari Singapura, Jepun, Perancis, Switzerland, Amerika Syarikat, Hungary dan India telah mengesahkan akan membuat persembahan.

Antara yang menjadi bakal tarikan ialah ASIABEAT yang menampilkan pemain dram terkenal Asia, Lewis Pragasam.

Sarawak Tourism Board menerusi kenyataan memaklumkan, ASIABEAT menghimpunkan gabungan beberapa pemuzik dari genre muzik dunia dan fusion.

“Kumpulan itu akan menampilkan Helga Violin dari Hungary, Grace Leong, Luke Joseph (gitar) dan Zailan Razak (gitar bas).

“Selain itu, bakat tempatan Sarawak, Clinton Chua akan diketengahkan sebagai vokalis jemputan,” kata STB menerusi kenyataan media.

Lewis menubuhkan ASIABEAT pada 1979 untuk meneroka gabungan pelbagai alat tradisional yang wujud dalam empat kumpulan etnik utama di Malaysia, iaitu Melayu, India, Cina dan Sikh yang bermatlamat untuk mendedahkan kekayaan budaya.

Sejak itu ASIABEAT telah berkembang apabila merakamkan tujuh album termasuk ASIABEAT, DARE TO DREAM, SPIRIT OF THE PEOPLE, MONSUN, DRUMUSIQUE, URBAN BEYOND dan AKAR.

Sejak penubuhan kumpulan itu, ASIABEAT telah membuat persembahan di lebih 500 konsert termasuk Pesta Seni Edinburgh, Java Jazz dan Pesta Muzik ASEAN.

Selain itu, Borneo Jazz Festival juga akan menyediakan aktiviti sampingan yang menyeronokkan seperti Projek Seni Eko, Pameran Borneo Boat Lute, Pergerakan Sape Miri – ‘Evolusi Sape’, Program Kesejahteraan dan Bazar Kraf Artisanal.

Tiket untuk acara itu sudah mula dijual dan maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari laman web rasmi jazzborneo.com atau penjual tiket rasmi, Majlis Bandaraya Miri melalui emel ptbmiri@gmail.com dan Transworld Travel Services Sdn Bhd melalui emel twtmiri@hotmail.com. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan