Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang wanita didenda RM500 atau penjara tujuh hari oleh Mahkamah Majistret

Wanita merokok di kafe didenda RM500

SIBU, 26 Mei : Seorang wanita didenda RM500 atau penjara tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah merokok di sebuah kedai makan di bandar ini.

Tertuduh, Winnie Kong didakwa mengikut Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (Pindaan 2018) atas kesalahan itu.

Menurut fakta kes, sepasukan penguatkuasa Kementerian Kesihatan (KKM) yang sedang menjalankan tugas pemantauan mendapati tertuduh sedang merokok di premis sebuah kafe di Jalan Foochow pada 21 Julai 2020.

Tertuduh didapati gagal mematuhi peraturan itu walaupun papan tanda larangan merokok dipamerkan di premis berkenaan.

Tertuduh membayar denda itu.

Larangan merokok di premis makanan telah dikuatkuasa bermula 1 Mac 2019.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan