WASHINGTON, 26 Mei : Twitter Inc bersetuju untuk membayar $150 juta seperti diarahkan mahkamah sebagai penyelesaian ‘kesalahan’ pelanggaran maklumat peribadi pengguna untuk tujuan pengiklanan.
Syarikat gergasi itu sebelum ini memaklumkan, maklumat itu ‘diperlukan’ atas faktor keselamatan.
Dakwaan berhubung isu privasi pengguna Twitter timbul sejak Mei 2013 dan berlarutan hingga September 2019, menurut dokumen mahkamah, lapor Reuters.
Twitter ialah perkhidmatan percuma yang turut menjana pendapatan melalui pengiklanan.
Elon Musk yang membeli perkhidmatan itu dengan nilai $44 bilion sebelum ini turut mengkritik model perniagaan yang diamalkan sambil berjanji akan mempelbagaikan sumber pendapatan aplikasi berkenaan.
“Ini berita yang sangat membimbangkan” ciap Elon Musk sebagai mengulas mengenai dakwaan berkenaan.
Twitter telah memperoleh $3.4 bilion pada 2019 dan kira-kira $3 bilion adalah hasil daripada pengiklanan. -TVS