Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Sarawak  diseru agar melibatkan diri dalam dunia digital sebagai alternatif dalam mengembangkan potensi industri berkenaan ke pasaran luar dan pada masa sama mengelakkanya “bungkus”seperti mana yang berlaku terhadap kebanyakan PKS ketika pandemik COVID-19 melanda negara.

Perusahaan Kecil dan Sederhana di Sarawak di galak ceburi pasaran digital

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 26 Mei: Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Sarawak  diseru agar melibatkan diri dalam dunia digital sebagai alternatif dalam mengembangkan potensi industri berkenaan ke pasaran luar.

Pada masa yang sama, peralihan ini juga dikatakan mampu mengelakkan perniagaan “bungkus” seperti mana yang berlaku terhadap kebanyakan PKS ketika pandemik COVID-19 melanda negara.

Menurut Dekan Eksekutif Penyelidikan Swinburne University Sarawak, Professor Dr Ida Fatimawati, pelbagai usaha telah dilakukan untuk memperbanyakkan usahawan PKS melibatkan diri dalam dunia digital sementara kerajaan negeri juga telah banyak memberikan bantuan dan insentif kepada sektor tersebut.

“Saya percaya Sarawak berada di landasan yang tepat dalam melihat sektor PKS di negeri ini melibatkan diri dalam pasaran digital selari dengan matlamat kerajaan negeri dalam Strategi Pembangunan Pasca Covid19 2030.

“Namun begitu, kerjasama dengan pihak lain wajar juga dititikberatkan, misalnya, kerjasama antara kerajaan, masyarakat dan institusi pendidikan  yang secara tidak langsung akan dapat memanfaatkan keupayaan dan kemahiran antara satu sama lain,” katanya.

Ujar beliau, dunia digital amat penting pada masa kini dan keperluannya dapat dilihat lebih-lebih lagi ketika negara ditimpa krisis ekonomi ataupun wabak penyakit yang menjejaskan industri perniagaan.

Usahawan yang mahu melibatkan perniagaan mereka dalam dunia digital perlu mendapatkan latihan secara berterusan dan berperingkat dalam memastikan mereka mampu bersaing dalam pasaran berkenaan, kata nya lagi.

“Ia bermula dengan asas bagaimana untuk mengubah perniagaan secara digital,  dengan data yang mereka ada, maklumat yang mereka tahu tentang pelanggan mereka, perkara yang mereka cenderung untuk membeli, berapa banyak yang mereka sanggup untuk belanjakan, perkara seperti itu berkemungkinan akan menciptakan lebih banyak strategi dan peluang

“Saya fikir ini merupakan  pendekatan perniagaan di mana mereka boleh meningkatkan pelanggan yang disasarkan untuk kawasan tertentu dan ianya perlu terus berjalan dan dilakukan secara berterusan,” tambah beliau lagi . – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan