Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pemain Piala Presiden Selangor FC meninggal dunia ada sejarah penyakit asma

KUALA LUMPUR, 26 Mei : Pemain Piala Presiden Selangor FC Muhammad Husni Idrus yang meninggal dunia semalam dilaporkan mempunyai sejarah penyakit asma.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya , Supt Ku Mashariman Ku Mahmood berkata ia hasil semakan rekod kesihatan pemain berusia 21 tahun itu.

Beliau berkata Muhammad Husni ditemukan terbaring berhampiran tandas di sebuah medan selera di Sunway X Park, Petaling Jaya pada 9.58 malam.

“Pemain tersebut telah menyertai perlawanan bola sepak antara Selangor FC dan Johor Darul Ta’zim III di Padang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, Kelana Jaya.

“Setelah selesai perlawanan, Muhammad Husni dan beberapa rakan ke lokasi kejadian (medan selera) untuk menjamu selera sebelum mengalami sesak nafas sehingga terjatuh dan tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ku Mashariman berkata mayat Muhammad Husni dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.

Sementara itu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam hantaran Facebook hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Muhammad Husni dan mendoakan semoga Allah SWT merahmati dan mengampuni segala dosa Allahyarham. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan