Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pokok di Batu 6, Jalan Tunku Abdul Rahman di sinu petang Rabu.
Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya melanggar pokok di Batu 6, Jalan Tunku Abdul Rahman di sini petang semalam.

Lelaki maut kereta langgar pokok

SIBU, 26 Mei: Seorang lelaki maut selepas kereta jenis Toyota Avanza yang dipandunya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar pokok dalam kejadian di Batu 6, Jalan Tunku Abdul Rahman, di sini petang semalam.

Siasatan awal mendapati, mangsa, Cornelius Seliman, 35, yang berasal dari Jalan Sentosa, Salim meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, kemalangan itu berlaku pada pukul 4.22 petang ketika mangsa dari arah lampu isyarat jalan itu menuju ke Lapangan Terbang Sibu.

Ujarnya, kemalangan itu turut menyebabkan kereta mangsa terhumban ke dalam parit.

“Akibatnya, lelaki itu tersepit di dalam kenderaannya sebelum dikeluarkan oleh pihak bomba namun disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan daripada Hospital Sibu,”katanya.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan