Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
SANDAKAN, 26 Mei : Isu penyelewengan minyak masak bersubsidi di Sabah sentiasa dalam perhatian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Isu penyelewengan minyak masak bersubsidi di Sabah dalam perhatian

SANDAKAN, 26 Mei : Isu penyelewengan minyak masak bersubsidi di Sabah sentiasa dalam perhatian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Menterinya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, setakat ini isu penyelewengan minyak masak bersubsidi di Sabah bagaimanapun masih lagi dalam keadaan terkawal.

Menurutnya, pihaknya sentiasa menjalankan pemeriksaan dan siasatan serta tidak akan teragak agak mengenakan tindakan undang-undang terhadap mereka yang didapati bersekongkol menyeleweng minyak masak bersubsidi ini.

“Saya selalu beritahu penyelewengan itu berlaku mungkin (kerana) kami tidak tahu pun, jadi kita harap ada kerjasama semua pihak sama ada pengguna sendiri ataupun mana-mana pihak yang ada maklumat tentang berlakunya penyelewengan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Pelancaran Walkabout Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Kaamatan (SHMMPK) 2022 di Hypermarket Bataras di Sandakan, hari ini.

Katanya, semua pihak diminta tidak takut untuk membuat laporan atau aduan berkaitan kegiatan penyelewengan ini kerana terdapat pelbagai saluran yang disediakan untuk tujuan itu.

“Sudah banyak pemeriksaan kita buat, siasatan kita buat dan kompaun kita kenakan, jadi tidak ada soal tentang kita tidak endah, sebab itu kita selalu mohon kerjasama semua pihak lebih-lebih pengguna sendiri,” katanya lagi.

Dalam pada itu Alexander meminta agar pengguna tidak terkeliru dengan perbezaan harga minyak masak botol 5 kilogram (Kg) kerana tidak semua jenama mempunyai subsidi.

“Sekarang kerajaan masih bagi subsidi supaya jenama tertentu masih dijual dengan harga kurang daripada RM30 bagi botol 5 kg kalau lebih dari itu maknanya bukan minyak masak bersubsidi.

“Jadi jangan keliru, kalau ada yang diviralkan gambar 5 kg itu lebih RM40, memang dia naik sebab harga satu metrik tan crude palm oil sudah mencecah RM7 ribu,” katanya lagi.

Terdahulu pada majlis itu, beliau melancarkan sebanyak lapan jenis barangan yang disenaraikan dalam SHMMPK 2022 berkuatkuasa bermula 27 Mei sehingga 2 Jun ini.

Lapan jenis barangan itu adalah kepak ayam, daging kerbau import, cili kering, bawang merah kecil (India), bawang putih (China), babi hidup, daging babi (perut), daging babi (daging dan lemak). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan