Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Buaya sepanjang lebih 14 kaki dengan berat 800 kilogram itu telah ditangkap pada pukul 6.30 petang Rabu, kira-kira 400 meter dari lokasi kejadian kanak-kanak lelaki hilang dibaham buaya Sabtu lalu. Foto: Faitullah (TVS)

Hanya sampah sarap dan beg plastik ditemui dalam perut buaya dibedah

KUCHING, 26 Mei : Buaya yang dibedah pagi tadi dipercayai ‘tidak terlibat’ dalam kes serangan terhadap seorang kanak – kanak lelaki di Kampung Nyabut, Telaga Air pada Sabtu lepas.

Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Yusri Basri berkata, ini kerana ‘hasil’ bedah itu tidak menemui rangka manusia atau anggota badan dalam perut buaya berkenaan.

“Operasi pembedahan dengan kerjasama Perbadanan Hutan Sarawak (SFC) bermula pada pukul 9 pagi tadi setelah buaya yang ditangkap semalam dibawa ke jambatan nombor tiga Sungai Nyabut dan proses berkenaan selesai kira – kira pukul 10 pagi,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Katanya, bomba dan SFC hanya menemui sampah sarap termasuk beg plastik dalam perut buaya itu.

Buaya sepanjang 14 kaki dengan berat lebih 800 kilogram (kg) itu ditangkap pada pukul 6.30 petang kira – kira 400 meter dari lokasi Mohammad Adammi ‘diserang’ dan hilang dalam kejadian pada pukul 8.30 pagi itu.

Baca > > > Kanak-kanak lelaki dibaham buaya ketika mengambil air di sungai

Baca > > > Buaya ‘gergasi’ 14 kaki ditangkap di Telaga Air

Perkembangan itu katanya menyaksikan operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan diteruskan untuk mencari petunjuk baharu kes itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan