Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
DUN Sarawak
DUN Sarawak

DUN Sarawak : Tingkat pendapatan melalui ekonomi hijau

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 26 Mei : Sarawak menyasarkan untuk meningkatkan pendapatan negeri menerusi aktiviti ekonomi hijau.

Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, hutan yang diurus dengan baik akan kekal sebagai habitat semulajadi flora dan fauna, kawasan tadahan air selain menyumbang kepada kestabilan iklim dunia.

Pada masa sama katanya, aktiviti penebangan dalam hutan asli dapat dikurangkan dan seterusnya menggalakkan aktiviti penghutanan semula dan pemulihan hutan.

“Hutan merupakan anugerah yang tidak ternilai serta memberi banyak manfaat kepada manusia sejagat dari segi ekonomi, sosial dan kelestarian alam sekitar.

“Justeru, Kerajaan Sarawak telah mengambil langkah proaktif bagi memelihara dan memulihara hutan di negeri ini,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II memaklumkan Sarawak merupakan negeri pertama di Malaysia yang menggubal undang-undang bagi mengawal selia aktiviti karbon di wilayahnya melalui sektor tanah dan perhutanan seperti mana pindaan Land Code dan Forests Ordinance yang baru diluluskan pada 18 dan 19 Mei lepas.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Sari itu juga memaklumkan Kerajaan Negeri telah meluluskan Dasar Guna Tanah Negeri pada 2012 bagi menjayakan agenda meningkatkan kawasan litupan hutan.

“Kerajaan Negeri meluluskan dasar berkenaan dengan menetapkan kawasan seluas enam juta hektar sebagai Permanent Forest Estate (PFE), satu juta hektar sebagai Totally Protected Area (TPA), kira-kira empat juta hektar untuk tujuan pertanian dan selebihnya adalah untuk pelbagai kegunaan,” katanya.

Tambahnya, rekod semasa Jabatan Hutan Sarawak menunjukkan sebanyak 62 peratus atau 7.7 juta hektar daripada keluasan keseluruhan negeri (12.4 juta hektar) masih dilitupi hutan dan merupakan kawasan litupan hutan terluas di negara ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan