Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak 737 atau 67 peratus projek RMK12 adalah projek fizikal manakala baki 356 atau 33 peratus adalah projek bukan fizikal.

DUN Sarawak : Projek di bawah RMK12 berstatus dalam pelaksanaan

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 26 Mei : Projek – projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) kini berstatus dalam pelaksanaan.

Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, sebanyak 1,093 projek dibiayai oleh Kerajaan Sarawak membabitkan kos RM30 bilion telah diluluskan.

“Daripada jumlah ini, 737 atau 67 peratus adalah projek fizikal manakala baki 356 atau 33 peratus adalah projek bukan fizikal.

“Projek bukan fizikal termasuk geran, sumbangan, pelaburan, program dan acara,” katanya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Jelasnya, sehingga 31 Mac 2022, sebanyak 103 projek atau 14 peratus telah siap manakala baki 634 projek atau 86 peratus masih dalam pelbagai peringkat pelaksanaan.

“Perbelanjaan terkumpul dari tahun 2021 hingga 31 Mac 2022 ialah RM6.90 bilion atau 23.0 peratus berbanding kos yang diperuntukkan di bawah RMK12,” katanya.

Dalam pada itu, Douglas Uggah yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi Baru II menambah, sejumlah RM3.34 bilion telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah First Rolling Plan (2021-2022) untuk melaksanakan 921 projek.

Daripada jumlah itu, RM1.97 bilion atau 59.11 peratus telah dibelanjakan setakat 31 Disember 2021 di mana projek-projek berkenaan kini berada pada pelbagai peringkat pelaksanaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan