Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PKS Sarawak
Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak komited untuk menyelaras pembangunan usahawan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di negeri ini.

DUN Sarawak : PKS terus dibantu era pasca COVID-19

KUCHING, 26 Mei : Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak komited untuk menyelaras pembangunan usahawan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di negeri ini.

Menterinya, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata , ini dilaksanakan menerusi penubuhan Sarawak Entrepreneur Development Coordination Committee (SEDCC) yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan negeri dan Persekutuan.

“Melalui SEDCC, Kementerian saya berharap data pembangunan keusahawanan Sarawak dapat dikumpul secara lebih komprehensif bagi tujuan penggubalan dasar, perancangan dan pelaksanaan program serta pemantauan yang lebih cekap,” katanya di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Premier Sarawak berkata, antara agensi yang terlibat dalam inisiatif itu dibahagikan kepada enam kluster iaitu pembangunan kapasiti dan pemasaran; dana dan peralatan; teknologi, penyelidikan, inovasi dan kreativiti serta premis perniagaan dan e-dagang.

Sehubungan itu, beliau berharap kerjasama erat daripada semua agensi keusahawanan yang amat ditagih bagi merancakkan momentum pembangunan PKS Sarawak terutamanya pada era pasca COVID-19.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan