Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata pada masa ini, sebanyak 85 projek atau 33 peratus daripada 258 projek yang sedang dijalankan berada dalam kategori projek sakit.

DUN Sarawak : Pandemik antara punca 33 peratus projek masuk kategori ‘sakit’

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 26 Mei : Kesan pandemik COVID-19 turut menjejaskan industri binaan yang mengganggu jadual projek dan peningkatan kos.

Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pada masa ini, sebanyak 85 projek atau 33 peratus daripada 258 projek yang sedang dijalankan berada dalam kategori projek sakit.

Jelasnya, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak di bawah kementeriannya telah mengenal pasti punca projek sakit.

“Pertama ialah masalah kekurangan tenaga kerja asing kerana permit kerja mereka tamat tempoh, pergerakan terhad antara sempadan dan kebergantungan kepada pekerja asing untuk projek berkenaan.

“Selain itu, ketiadaan jentera pembinaan disebabkan sekatan yang dikenakan secara global dan kos bahan binaan yang semakin meningkat juga menjadi punca projek sakit,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Douglas Uggah yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan berkata, bagi menangani masalah ini, JKR Sarawak telah merangka beberapa pelan tindakan untuk mentadbir status projek berdasarkan keperluan kontrak.

“Bagi kontraktor yang terjejas, beberapa bantuan turut ditawarkan bagi meringankan beban mereka.

“Antara lain, Lanjutan Masa (EOT), Variasi Harga (VOP) dan penggantungan kerja,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan