Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, beberapa projek pembangunan sedang dilaksanakan bagi menangani masalah terbabit. Foto : Pusat Khidmat Rakyat P197 Kota Samarahan

DUN Sarawak : Kesesakan di Stakan masih dapat dikawal

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 26 Mei : Masalah kesesakan lalu lintas di Kota Samarahan, Muara Tuang dan kawasan berdekatan berpunca daripada beberapa pakej projek kesejahteraan rakyat yang sedang dilaksanakan di situ ketika ini.

Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, antara projek – projek berkenaan termasuk menaik taraf lima bulatan di sepanjang Jalan Kuching/Samarahan Expressway, pembinaan Jalan Utama Kedua Kuching/Samarahan, menaik taraf Jalan Datuk Mohammad Musa daripada bulatan G3 (berdekatan INTAN) menuju Batu 8.

“Selain itu projek pembinaan jalan akses ke kawasan selatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dari Bukit Berangan di persimpangan Jalan Datuk Mohammad Musa ke Stutong juga sedang dilaksanakan,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Uggah Douglas yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan berkata, bagi menangani masalah kesesakan buat sementara waktu, anggota polis akan ditempatkan di lokasi-lokasi berkaitan bagi mengawal aliran trafik pada waktu puncak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan