Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
80 peratus penduduk dari dua perkampungan di Seberang Hilir Petra Jaya akan mula berpindah ke Projek Perumahan Darul Hana bermula Ogos tahun ini.
Dato Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata kelulusan ini melibatkan 4,817 lot kediaman.

DUN Sarawak : 50 projek SPK dan SPS diluluskan

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 26 Mei : Kerajaan Sarawak telah meluluskan sebanyak 50 projek Skim Penempatan Semula (SPS) dan Skim Pembesaran Kampung (SPK) di bawah Peruntukan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) dan peruntukan projek rakyat.

Timbalan Premier Sarawak, Dato Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kelulusan ini melibatkan 4,817 lot kediaman.

Katanya, daripada 50 projek berkenaan, sebanyak 12 projek telah siap sepenuhnya mengikut skop pembangunan.

“Baki 38 projek akan diteruskan sehingga penghujung RMK12.

“Pada masa ini, projek-projek SPS dan SPK yang dilaksanakan adalah menggunakan spesifikasi infrastruktur yang telah ditambah baik seperti jalan raya yang berturap, parit konkrit dan lot-lot yang ditembok,”katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Sementara itu, Awang Tengah turut memaklumkan, Kerajaan Sarawak telah menetapkan bayaran premium tanah tidak melebihi RM2,500 bagi setiap lot kediaman di dalam SPS dan SPK walaupun kos penyediaan setiap lot tersebut dianggarkan dalam lingkungan RM120,000 hingga RM150,000.

Katanya lagi pelaksanaan SPS dan SPK sejak Rancangan Malaysia Ke-4 (RMK4) merupakan komitmen dan keprihatinan Kerajaan Sarawak terhadap rakyat berpendapatan rendah yang memerlukan tanah untuk mendirikan rumah.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan