Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan
Kerajaan GPS Sarawak komited untuk membanteras pembalakan haram dan aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang hutan di negeri ini.

DUN Sarawak : Kerajaan komited banteras pembalakan haram

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 26 Mei : Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) komited untuk membanteras kegiatan pembalakan haram dan aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang hutan di negeri ini.

Timbalan Premier, Dato Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, penubuhan Pasukan Gerak Khas Pembanterasan Pembalakan Haram berperanan untuk menyelaras pelaksanaan semua operasi bersepadu dengan kerjasama pelbagai agensi penguatkuasaan negeri dan persekutuan.

“Kerajaan Sarawak melalui Jabatan Hutan Sarawak turut menggunakan pelbagai teknologi terkini seperti hiperspektral, imej satelit, Sistem Revlog, Revlog Mobile Application dan Continuous Monitoring and Surveillance (COMOS) untuk memantau kawasan hutan dan mengesan kegiatan pembalakan haram,” katanya.

Awang Tengah berkata demikian pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembagunan Bandar II berkata, sejak 2020 hingga April 2022, sebanyak 215 kertas siasatan telah dibuka yang melibatkan pelbagai kesalahan hutan.

Daripada jumlah tersebut katanya sebanyak 55 kes masih dalam siasatan Jabatan Hutan Sarawak manakala sebanyak 160 kes telah dikemukakan ke Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri (UKPN) dan Kamar Peguam Besar Negeri (SAG).

“Sebanyak 40 kes dikategorikan sebagai No Further Action (NFA), lima kes telah disabitkan dengan kesalahan, 14 kes telah dikompaun manakala sepuluh kes masih lagi dalam proses perbicaraan,”katanya.

Beliau memberitahu, baki 91 kes masih dalam pelbagai peringkat siasatan.

“Dalam tempoh yang sama juga sebanyak RM1,340 783 nilai kompaun telah berjaya dikutip,” ujarnya lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan