Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Sarawak telah meluluskan Kajian Jumlah Beban Harian Maksimum (Total Maximum Daily Load, TMDL) di Batang Rajang sebagai satu usaha ke arah pengurusan air tadahan bersepadu di Sarawak.

DUN Sarawak : Kajian pengurusan air tadahan bersepadu kawal pencemaran sungai

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 26 Mei : Kerajaan Sarawak telah meluluskan Kajian Jumlah Beban Harian Maksimum (TMDL) di Batang Rajang sebagai satu usaha ke arah pengurusan air tadahan bersepadu di negeri ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti punca pencemaran sungai serta menghasilkan pelan mitigasi untuk mengawal pencemaran bagi tempoh jangka masa panjang dan seterusnya meningkatkan kualiti air.

Selain itu, beliau turut memberitahu, terdapat kajian lain yang telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) termasuk Assimilative Capacity Analysis of Air Pollutants yang dilakukan di Kuching and Bintulu.

“Kajian ini akan menghasilkan inventori pelepasan beban pencemar dan merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak bagi memastikan kualiti udara di Sarawak mencapai Malaysia Ambient Air Quality Standard (MAAQS) yang telah ditetapkan,”katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II berkata, selaras dengan pelaksanaan Kajian Laporan Indeks Prestasi Alam Sekitar Malaysia oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) yang dijangka siap pada pertengahan tahun ini, Kerajaan Sarawak telah meluluskan satu kajian untuk mengkaji semula indeks MyEPI agar ianya mencerminkan indeks yang tepat dalam mengukur prestasi alam sekitar di negeri ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan