Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kos sara hidup yang semakin meningkat adalah disebabkan ketegangan geopolitik semasa yang membawa

DUN Sarawak : Diskaun elektrik akan diperkenalkan bantu kurangkan kos perniagaan

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 26 Mei : Kos sara hidup yang semakin meningkat adalah disebabkan ketegangan geopolitik semasa yang membawa kepada inflasi.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, melihat kepada keadaan ini, Kerajaan Sarawak akan campur tangan dalam usaha mengurangkan kesan kenaikan kos sara hidup terutamanya terhadap harga barangan, kepada rakyat.

“Justeru, saya akan memperkenalkan diskaun ke atas tarif elektrik kepada pengeluar dan peruncit makanan termasuk kedai kopi, restoran dan industri makanan dan minuman lain untuk mengurangkan kos menjalankan perniagaan mereka.

“Saya menjangkakan ia akan mengurangkan harga pasaran makanan,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawakdi sini hari ini.

Jelasnya, mata wang negara yang semakin lemah akan meningkatkan harga import dan membebankan pengguna dan pengimport.

Justeru, menerusi usaha ini, Abang Johari berharap ia dapat mengubah sektor pertanian negeri menjadi pengeksport makanan bersih di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) dan menyediakan makanan pada tahap keselamatan dan kebersihan maksimum. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan