Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, memulihkan ekonomi dan melindungi mata pencarian rakyat adalah keutamaan kerajaan di setiap pelosok dunia.

DUN Sarawak : BKSS RM5.7 bilion bantu rakyat terjejas COVID

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 26 Mei : Kerajaan Sarawak telah melaksanakan lapan pakej Bantuan Sarawakku Sayang (BKSS) melibatkan kos RM5.7 bilion untuk membantu rakyat negeri ini yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, usaha memulihkan ekonomi dan melindungi mata pencarian rakyat adalah keutamaan kerajaan di seluruh dunia termasuk Sarawak.

“Sejumlah RM3.63 bilion telah dibelanjakan sejak April 2020 hingga Disember 2021 yang memberi manfaat kepada 3.3 juta penerima.

“Bantuan tunai secara langsung dengan jumlah RM2.34 bilion dibelanjakan untuk 1.5 juta penerima daripada kumpulan B40, pekerja barisan hadapan, media kumpulan, pengangkutan, pelancongan dan sektor pembinaan, penjaja, peniaga kecil dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) pula, Douglas Uggah memberitahu, sejumlah RM1.23 bilion telah disalurkan untuk mengurangkan kos menjalankan perniagaan dan meringankan beban kewangan.

Katanya, ini termasuk pemberian diskaun ke atas utiliti, pengurangan yuran permit dan lesen untuk penjaja dan peniaga kecil, diskaun ke atas sewa tapak, pinjaman mudah tanpa faedah, subsidi kadar faedah, pemansuhan kadar faedah dan pengurangan sewa untuk PKS yang beroperasi di premis Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan