SENEGAL, 26 Mei : Kebakaran di sebuah hospital di bandar ini disahkan telah mengorbankan 11 orang bayi, lapor Reuters.
Menteri Kesihatan, Abduoulaye Diouf Sarr berkata, siasatan awal tragedi itu menjurus kepada masalah litar pintas sebagai punca.
“Kita semua berkongsi kesedihan ini,”kata penduduk seorang penduduk tempatan,Ousmane Kane.
Sehingga ini, pihak berkuasa tidak memberi butiran lain berhubung kejadian itu.
Sebelum ini, pakar kesihatan awam memberi amaran bahawa kebanyakan hospital di Afrika kekurangan dana dan ‘usang’ untuk terus memberikan perkhidmatan kepada pesakit.
Keadaaan menjadi ‘bertambah buruk’ selepas pandemik COVID-19. -TVS