Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mustapa memberitahu, sebanyak 30 lokaliti miskin tegar dikenal pasti di Sarawak. Foto TVS

Projek rintis basmi miskin tegar di 30 lokaliti di Sarawak

KUCHING, 25 Mei : Kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan Sarawak akan melaksanakan projek untuk membasmi kemiskinan tegar di 30 lokaliti yang telah dikenal pasti di negeri ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, program rintis fasa satu membabitkan 10 lokaliti akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Katanya, program fasa kedua pula akan diputuskan bersama dengan kerajaan negeri dan akan turut dilaksanakan segera.

“Program di 10 lagi lokaliti pula dijangka akan bermula pada hujung tahun ini,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Berhubungan butiran perbincangan dengan Abang Johari, Mustapa berkata, antara perkara yang disentuh termasuklah Program Basmi Miskin Tegar Keluarga Malaysia yang akan dimulakan dalam tempoh terdekat.

Sementara itu, beliau memberitahu, kerajaan menyasarkan untuk membasmi kemiskinan tegar di negara ini menjelang 2025.

“Fokus jakan diberikan kepada 2.9 juta isi rumah kategori B40 dengan pendapatan bulanan di bawah RM4,850 dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12),”katanya,.

Ujarnya, inisiatif ini melibatkan usaha di daerah dan lokasi termiskin di bandar dan luar bandar bagi menangani isu kemiskinan dan membangunkan masyarakat inklusif. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan