Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dalam masa yang sama, Malaysia juga masih menunggu keputusan Kerajaan Arab Saudi berhubung rayuan kuota tambahan 5,000 jemaah bagi musim haji kali ini.

Penerbangan pertama haji tahun ini dijangka pada 4 Jun

ByBernama

MUAR, 25 Mei : Penerbangan pertama bagi jemaah haji Malaysia pada tahun ini dijangka  pada 4 Jun ini berbanding perancangan awal pada 31 Mei berikutan pengurangan jumlah jemaah yang akan menunaikan Rukan Islam kelima itu berbanding kebiasaannya.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad berkata anjakan tarikh berkenaan juga adalah berdasarkan rundingan dengan syarikat-syarikat penerbangan.

Beliau berkata jika dahulu penerbangan yang melibatkan jemaah haji adalah berjumlah 80 penerbangan tetapi ia telah berkurangan sehingga separuh tahun ini.

“Manakala, bagi tahun-tahun sebelum ini jumlah jemaah haji adalah sekitar 30,000 orang, namun pada tahun ini, jumlah jemaah hanya 14,000 orang sahaja.

Baca lagi > > > Gagal saringan kesihatan, bakal jemaah haji perlu akur – Idris

“Baru sahaja tadi (hari ini) saya bertemu Ketua Pegawai Eksekutif (Tabung Haji) tanya macam mana penerbangan haji dan beliau menjawab kemungkinan akan diganjak kepada 4 Jun kerana dulu 80 penerbangan sekarang dah jadi separuh,” katanya kepada pemberita, di sini pada Selasa. 

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Ar Rahnu Yapeim Akses dan Yapeim Gold Akses Muar di pekarangan Bangunan Mara, di sini.

Dalam masa yang sama, Malaysia juga masih menunggu keputusan Kerajaan Arab Saudi berhubung rayuan kuota tambahan 5,000 jemaah bagi musim haji kali ini.

Baca lagi > > > Hanya satu juta umat Islam di bawah 65 tahun dibenar tunai haji tahun ini – MoHU

Sementara itu, berkenaan dengan Ar Rahnu Yapiem yang melebarkan sayapnya ke Muar, Idris berkata ia menjadikan jumlah keseluruhan cawangannya di seluruh negara kepada 213 buah.

“Selain itu, di Muar ini juga dibuka cawangan kesembilan Ar Rahnu Yapeim Akses (Bergerak) dan juga cawangan kelima Yapeim Gold Akses yang menawarkan perkhidmatan skim mikro kredit, penjualan emas terpakai dan pembelian barang kemas dengan harga yang kompetitif,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan