KUCHING, 25 Mei : Statistik menunjukkan jumlah miskin di bandar lebih banyak berbanding di luar bandar.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ini berdasarkan jumlah 76 peratus miskin bandar di Malaysia ketika ini.
“Sekarang ini yang tinggal di luar bandar cuma 24 peratus sahaja dikategorikan miskin tegar.
“Justeru, kerajaan akan segera melaksanakan Program Basmi Kemiskinan Keluarga Malaysia,”katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di DUN, hari ini.
Untuk rekod, setakat Mei 2022, bilangan golongan miskin tegar di seluruh negara ialah sebanyak 18,009.
Terdahulu, beliau turut memberitahu kerajaan telah mengenal pasti 30 lokaliti di Sarawak yang berada dalam kategori miskin tegar dan 10 program membasmi kemiskinan fasa satu akan dilaksanakan segera. -TVS