Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak - kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah.

DUN Sarawak : Wanita Sarawak ‘lebih hebat’ dalam indeks pendidikan berbanding lelaki

ByAkma Salleh

KUCHING, 25 Mei: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dimaklumkan bahawa pencapaian wanita di negeri ini dalam sub indeks pendidikan mencatatkan skor lebih tinggi berbanding lelaki.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak – kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, data itu dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam Statistik Pemerkasaan Wanita Dalam Domain Terpilih Malaysia 2021.

Katanya, ‘kehebatan’ wanita Sarawak dalam sub berkenaan ‘selaras’ dengan pencapaian di peringkat kebangsaan yang menunjukkan wanita melebihi lelaki dalam sub indeks berkenaan dengan skor 1.059.

“Bagi Sarawak, pencapaian wanita dalam sub ini mencatat skor 1.071 yang mana skor 1.0 menunjukkan aras pencapaian kesaksamaan (peluang dan penyertaan) antara wanita dan lelaki,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan kementeriannya di DUN Sarawak di sini hari ini.

Namun demikian, Fatimah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat memberitahu, dalam domain terpilih yang lain, masih terdapat jurang pencapaian wanita berbanding lelaki di Sarawak terutama melibatkan domain penguasaan politik.

“Domain penguasaan politik iaitu sekitar 0.120 skor, domain peluang dan penyertaan ekonomi merekodkan skor 0.714 manakala domain kesihatan dan kehidupan merekodkan skor 0.947.

“Sehubungan itu, kementerian telah merangka dan akan melaksanakan pelbagai program untuk merapatkan jurang ini,”katanya.

Beliau berkata usaha ini penting bagi memastikan wanita dapat menyumbang kepada pembangunan sosio ekonomi Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan