Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak RM41.86 juta bakal diperuntukan kepada Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) pada tahun ini di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).Foto: twenty20photos

DUN Sarawak : SALCRA bakal terima peruntukan RM41.86 juta tahun ini

KUCHING, 25 Mei: Sebanyak RM41.86 juta akan diperuntukan kepada Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) pada tahun ini di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, jumlah itu disalurkan bagi meneruskan lapan projek yang telah dilaksanakan dan 19 projek baharu.

Katanya, sebelum ini SALCRA telah menerima peruntukan sebanyak RM187.20 juta dana meliputi pinjaman bagi pembangunan sektor pertanian.

“Daripada jumlah itu, sebanyak RM119.20 juta disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan manakala RM68 juta lagi daripada Kerajaan Sarawak.

“Pada tahun lepas, SALCRA telah menerima RM84.36 juta daripada keseluruhannya yang dijanjikan,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Sementara itu, antara projek yang dinyatakan akan dilaksana di bawah SALCRA meliputi penanaman semula dan baharu kelapa sawit, pengurusan sisa kilang dan mekanisasi.

Berhubung pencapaian SALCRA , Stephen Rundi memberitahu agensi itu berjaya membangunkan sebanyak 56,667 hektar tanah Hak Adat Anak Negeri (NCR) untuk penanaman kelapa sawit.

“Daripada jumlah itu, kawasan seluas 29,184 hektar atau 51.5 peratus adalah matang manakala 13,721 hektar atau 24.2 peratus adalah tidak matang ,”katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan