Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

DUN Sarawak : RM472.33 juta bangunkan semula industri pelancongan

KUCHING, 25 Mei : Kerajaan Sarawak memperuntukkan sebanyak RM472.33 juta untuk membangunkan semula industri pelancongan di negeri ini.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, peruntukan berkenaan termasuk bagi melaksanakan pelbagai produk berkaitan produk pelancongan.

Katanya, setakat ini sebanyak RM379.87 juta telah dibelanjakan untuk menyiapkan projek – projek berkenaan.

“Pembangunan produk sangat penting untuk menarik pelawat baharu dan mengekalkan mereka yang pernah berkunjung ke Sarawak.

“Sekiranya kita memiliki lebih banyak produk pelancongan, ia juga akan membantu memperkayakan pengalaman pengunjung luar ketika melancong di Sarawak, “ katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Sementara itu, Abdul Karim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya berkata, kementeriannya akan turut memfokuskan pembangunan pelancongan warisan dengan menaik taraf muzium dan kubu lama sebelum dibuka kepada pengunjung.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, Kerajaan Persekutuan juga memperuntukkan RM13.99 juta bagi melaksanakan projek-projek tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan