Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Isu kos logistik yang kian meningkat dalam sektor pengangkutan adalah isu global.

DUN Sarawak : Peningkatkan kos pengangkutan isu global

KUCHING, 25 Mei : Isu peningkatan kos logistik dalam sektor pengangkutan merupakan isu global , kata Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin.

Menurutnya, isu ini tidak berlaku di Malaysia atau Sarawak sahaja kerana seluruh dunia berdepan masalah serupa.

“Ini berlaku disebabkan oleh gangguan dalam rantaian bekalan global akibat pandemik COVID-19 dan diburukkan dengan konflik Rusia-Ukraine,”katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu dibangkitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan, Chong Chien Jen semalam dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Semasa sesi penggulungan Kementerian Pengangkutan semalam, Chien Jen bertanya kepada Kim Shin mengenai peningkatan kos logistik serta ‘memberi peringatan’ beliau tidak mahu menerima jawapan ‘kementerian itu masih mengkaji’.

Ketika menjawab ‘serangan’ itu, Kim Shin berkata, negeri ini yang ditadbir oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS) mempunyai cara tersendiri dan sentiasa mendapatkan input daripada pemain industri yang terjejas untuk penyelesaian terbaik.

“Ini adalah cara Kerajaan GPS beroperasi iaitu dengan melibatkan pihak berkepentingan terlebih dahulu untuk mengetahui isu sebenar daripada membuat kenyataan menyeluruh untuk mendapatkan publisiti murahan,” tegasnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan