Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
DUN Sarawak mengucapakan tahniah kepada barisan atlet negeri ini yang mencapai kejayaan pada Sukan SEA di Vietnam baru - baru ini.

DUN Sarawak : Atlet Bumi Kenyalang sumbang empat emas Sukan SEA

KUCHING, 25 Mei: Atlet -atlet kelahiran Sarawak yang membawa cabaran negara pada Sukan SEA ke-31 di Vietnam baru – baru ini berjaya menyumbang empat pingat emas.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan negeri, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sumbangan itu membawa kepada jumlah keseluruhan 39 emas yang diraih kontinjen negara sekaligus menamatkan saingan di tempat keenam daripada 11 negara bertanding.

“Emas yang dicapai ialah menerusi atlet terjun, Dato Pandelela Rinong yang berjaya mengekalkan prestasi cemerlang beliau di rantau Asia Tenggara,”katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Dua atlet olahraga Sarawak iaitu Jackie Wong dan Grace Wong turut menang emas dalam acara lempar cakera.

Abdul Karim memberitahu, atlet Sarawak turut menyumbang 10 pingat perak dan 14 gangsa.

“Saya secara peribadi ingin mengucapkan terima kasih kepada semua atlet yang mewakili negara pada Sukan SEA,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan