Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
aguh badminton perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia melonjak satu anak tangga ke kedudukan kelima ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF). Foto Bernama.

Zii Jia kini ranking kelima dunia

KUALA LUMPUR, 24 Mei : Jaguh badminton perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia melonjak satu anak tangga ke kedudukan kelima ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas meraih 90,378 mata daripada 41 kejohanan disertainya.

Berdasarkan kedudukan ranking terbaharu dikeluarkan BWF, Zii Jia mengatasi pemain Indonesia Anthony Sinisuka Ginting yang kini menghuni kedudukan keenam ranking BWF, dengan mengumpul 87,879 mata.

Pencapaian diraih Zii Jia tersebut dalam masa sama meletakkan beliau sebaris bekas jaguh perseorangan badminton negara Datuk Lee Chong Wei, yang pernah menempatkan diri dalam kelompok lima terbaik dunia.

Sementara itu, juara Olimpik dari Denmark Viktor Axelsen kekal selaku pemain nombor satu dunia diikuti jaguh dunia dari Jepun Kento Mamota di kedudukan kedua.

Musim 2022 boleh dianggap permulaan terbaik bagi Zii Jia, yang bergerak secara profesional selepas merangkul gelaran pertamanya tahun ini dengan mengungguli Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Manila, Filipina, awal bulan lalu. 

Tidak terhenti di situ, bekas juara All England itu mengekalkan aksi konsisten di saingan Piala Thomas 2022 di Bangkok dengan berjaya memenangi kesemua perlawanan sehingga peringkat suku akhir. 

Sementara pada minggu lalu, Zii Jia bangkit mempamerkan watak sang juara untuk merangkul kejuaraan keduanya berturut-turut tahun ini, menewaskan pemain China, Li Shi Feng 17-21 21-11 23-21 dalam aksi final di Terbuka Thailand. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan