KUCHING, 23 Mei : Sarawak berhasrat untuk membangunkan sistem pengesanan pesawat bagi memantau ruang udaranya.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, langkah ini susulan perkembangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada minggu lepas yang menyaksikan kelulusan pindaan Rang Undang-undang (RUU) Kanun Tanah (Pindaan) 2022.
Kata Abang Johari, ‘pihak’ yang ingin menggunakan ruang udara Sarawak perlu mendapatkan kebenaran pihak berkuasa tempatan terlebih dahulu.
“Berikutan dengan misi untuk mengurangkan jejak karbon dan radiasi yang dihasilkan oleh pesawat-pesawat, maka ini perlu dilakukan,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Mantar Gawai 2022 di sini hari ini.
Baca >>>Â Â DUN Sarawak : Pindaan Kanun Tanah yang beri lebih kuasa kepada Sarawak kawal ruang udaranya diluluskan
DUN Sarawak sebelum ini meluluskan pindaan berkenaan bagi menukar definisi ‘tanah’ di bawah kanun itu yang memberi kuasa kepada kerajaan negeri untuk mengawal ruang udara dan segala harta benda di permukaan tanah itu.
Mengulas lanjut tentang hasrat mengawal perkara berkenaan, Abang Johari berkata, pergerakan pesawat menyebabkan berlakunya pengeluaran karbon termasuklah radiasi yang menyumbang kepada pemanasan global. -TVS