Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain meninjau keadaan di Jambatan Pulau Pinang yang alami kesesakan laur biasa disebabkan kemalangan maut pagi tadi. Foto PDRM Pulau Pinang.

Kemalangan maut di Jambatan Pulau Pinang, sesak 20 km selama 6 jam

GEORGE TOWN, 24 Mei : Pemandu dan kelindan sebuah lori membawa sayur-sayuran maut selepas kenderaan mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori treler di Kilometer 8.6 Jambatan Pulau Pinang arah pulau dekat sini hari ini.

Kemalangan itu menyebabkan pemandu lori Mohd Fazrol Maarof, 39, dan kelindan, Muhammad Amirrudin Azizan, 19, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah manakala pemandu lori treler berusia 54 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kemalangan membabitkan dua sebuah lori dengan treler di Jambatan Pulau Pinang awal pagi menyebabkan berlakukan kesesakan lebih 20km. Foto LLM.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata pasukan dari Balai Bomba Jalan Perak bergegas ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.17 pagi, dan mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah lori tiga tan melanggar belakang sebuah treler.

Baca >>>  ‘Terperangkap’ di Jambatan Pulau Pinang, graduan konvokesyen USM tumpang motosikal 

“Dua mangsa lelaki tersepit di bahagian hadapan dilihat mengalami kecederaan parah, dan kedua-dua mereka disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang berada di lokasi,” katanya ketika dihubungi di sini.

Katanya pemandu lori itu dikeluarkan pada pukul 5.55 pagi, manakala mangsa kedua dikeluarkan pada pukul 6.02 pagi dan operasi tamat sepenuhnya kira-kira 15 minit kemudian.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan teruk lebih 20 kilometer dari bahagian tanah besar iaitu Sungai Dua, dekat sini menghala ke pulau dan ia berlarutan hingga 12.30 tengah hari ini sehingga kerja-kerja mengalihkan dua buah lori berkenaan selesai. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan