Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata pemasangan sistem itu akan melibatkan semua motosikal baharu berkapasiti enjin 150cc dan ke atas. 

Kajian wajibkan pemasangan ABS ke atas motosikal bakal dijalankan – Wee

MELAKA, 24 Mei : Satu kajian terperinci bagi mewajibkan pemasangan sistem brek antikunci atau anti-lock braking system (ABS) kepada semua motosikal baharu akan dijalankan dalam masa terdekat.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata pemasangan sistem itu akan melibatkan semua motosikal baharu berkapasiti enjin 150cc dan ke atas. 

Jelasnya, kajian oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) itu dijangka selesai dalam enam bulan, manakala pelaksanaan mewajibkan pemasangan sistem ABS dijadualkan dalam tempoh dua tahun dari tarikh tamat kajian tersebut.

“Tempoh yang sama juga akan digunakan untuk meminda peraturan sedia ada bagi tujuan mewajibkan pemasangan ABS ini.

“Tapi saya tegaskan ia bukan dibuat secara mendadak atau tergesa-gesa. Tidaklah umum hari ini, esok terus dilaksanakan. Kita beri enam bulan untuk MIROS buat kajian, bincang dengan wakil pengguna, pemegang taruh serta pihak industri pembuat motosikal,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis sambutan ulang tahun ke-10 MIROS di Makmal Pelanggaran MIROS PC3, Ayer Molek di sini, hari ini. 

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah MIROS Prof Dr Wong Shaw Voon, Ketua Pengarah MIROS, Datuk Khairil Anwar Abu Kassim dan Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Insfrastruktur dan Pengurusan Banjir negeri Datuk Rahmad Mariman.

Katanya pelaksanaan mewajibkan sistem ABS itu akan dilakukan secara berfasa dan sekiranya berkesan, ia akan diteruskan kepada motosikal berkapasiti enjin rendah daripada 150cc. 

Wee berkata langkah itu mampu mengurangkan kemalangan dan kematian membabitkan pengguna motosikal sehingga 30 peratus.

Menurut Wee, faktor utama kemalangan motosikal di negara ini adalah terbabas sendiri atau gagal mengelak ketika menunggang, antaranya disebabkan oleh sistem brek yang tidak efektif.

“Justeru, sistem ABS yang mengguna pakai teknologi antigelincir (antiskid) ini akan membantu untuk menghalang motosikal daripada tergelincir, terbabas dan gagal mengelak ketika menunggang, sekali gus menambah baik tahap keselamatan motosikal di Malaysia,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan