Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Surcaj penjimatan air wajar dilaksanakan di negeri ini melibatkan penggunaan air melebihi 35,000 liter sebulan seisi rumah.
Surcaj penjimatan air wajar dilaksanakan di negeri ini melibatkan penggunaan air melebihi 35,000 liter sebulan seisi rumah.

DUN Sarawak: Surcaj penjimatan air wajar dilaksanakan di Sarawak

ByOdleen Catherny

KUCHING, 24 Mei : Surcaj penjimatan air wajar dilaksanakan di negeri ini melibatkan penggunaan air melebihi 35,000 liter sebulan seisi rumah.

Menyatakan cadangan berkenaan, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi , Datuk Julaihi Narawi berkata semua pihak hendaklah memainkan peranan masing-masing dalam penjimatan air.

“Dengan ini, pelaksanaan surcaj penjimatan air (water conservation surcharge) akan turut mendidik masyarakat supaya menggunakan air secara berhemah.

Usaha ini adalah selaras dengan sasaran PCDS 2030 untuk mengurangkan penggunaan air kepada 165 liter sehari seorang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan pada hari keenam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19, Mesyuarat Kedua Penggal Pertama, di sini, hari ini.

Jelasnya di Sarawak, purata penggunaan air bagi kategori domestik di kawasan bandar adalah sebanyak 270 liter sehari seorang iaitu bersamaan dengan 32,400 liter sebulan seisi rumah.

Purata penggunaan air bagi kategori domestik di kawasan luar bandar pula adalah sebanyak 160 liter sehari seorang bersamaan dengan 19,200 liter sebulan seisi rumah.

“Ini adalah dengan mengambil kira purata seisi rumah seramai empat (4) orang.

“Berdasarkan purata ini, purata penggunaan air di seluruh Sarawak adalah tidak melebihi 35,000 liter sebulan seisi rumah,” tambahnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan