Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lima lagi Adat di Sarawak masih dalam proses penggubalan dan tapisan.

DUN Sarawak: Lima lagi adat sedang dalam proses penggubalan dan tapisan

ByOdleen Catherny

KUCHING, 24 Mei : Lima lagi adat di Sarawak masih dalam proses penggubalan dan tapisan, ujar Menteri di Jabatan Premier, Datuk John Sikie Tayai.
Beliau memaklumkan adat-adat berkenaan adalah Adat Melanau, Adat Berawan, Adat Kajang, Adat Bagatan dan Adat Kiput.

“Sejak penubuhan Majlis Adat Istiadat Sarawak pada tahun 1972, sebanyak tujuh adat berjaya dikodkan iaitu Adat Iban 1993, Adat Bidayuh 1994, Adet Kayan-Kenyah 1994, Adat Bisaya 2004, Adat Lun Bawang 2004, Adat Kelabit 2008 dan Adet Penan 2011,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan oleh para menteri pada hari keenam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19, di sini, hari ini.

Pada masa sama John Sikie memberitahu pihaknya kini memulakan langkah-langkah mengkorporatkan Majlis Adat Istiadat Sarawak yang membawa matlamat menaik taraf organisasi berkenaan serta menubuhkan sebuah institut penyelidikan dan pembelajaran Adat.

“Ini akan membolehkan ia (Majlis Adat Istiadat Sarawak) menjalankan penyelidikan, menganjurkan sesi pengajaran dan memberi akreditasi dalam adat.

Pengajaran dan akreditasi itu akan memberi penilaian kelayakan dan kecekapan bagi mereka yang bercita-cita untuk berkhidmat sebagai hakim dan pengamal undang-undang di Mahkamah Bumiputera Sarawak,” jelasnya.

Setakat ini, kerja-kerja mengkorporatkan Majlis Adat Istiadat Sarawak masih dalam peringkat awal.

LIMA LAGI ADAT MASIH DALAM PROSES PENGGUBALAN

Dalam perkembangan berkaitan, penggubalan pindaan Ordinan Adat Istiadat 1977 dan Ordinan Adat Resam (Deklarasi) 1996 sedang berjalan dan pindaan itu diharap dapat dibentangkan dalam mesyuarat Dewan Undangan Negeri akan datang.

Pindaan-pindaan itu disifatkan perlu agar ia selaras dengan perkembangan sosial dan perubahan sosial yang telah berlaku sejak 1977 dan penstrukturan semula Mahkamah Bumiputera Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan