Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Roland Sagah
Terdapat tiga kategori sekolah daif di Sarawak, kata Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Roland Sagah Wee Inn sambil menambah kategori tersebut ialah DS1, DS2, dan DS3.

DUN Sarawak: Kategori sekolah daif di Sarawak dibahagikan kepada tiga

BySalasiah Safian

KUCHING, 24 Mei: Terdapat tiga kategori sekolah daif di Sarawak, kata Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Roland Sagah Wee Inn sambil menambah kategori tersebut ialah DS1, DS2, dan DS3.

“DS1 merujuk kepada bangunan kayu yang berusia 30-40 tahun yang mengalami kerosakan sekitar 25% dan cuma memerlukan baik pulih minima. DS2 pula merujuk kepada bangunan kayu yang berusia 40-50 tahun dan memerlukan baik pulih dan penambahbaikan.

“DS3 adalah bangunan kayu berusia 50 tahun ke atas yang mengalami kerosakan teruk sekitar 75%,” katanya dalam ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Hari Keenam, Mesyuarat Kedua bagi Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN) Ke-19, di sini hari ini.

Tambahnya lagi, daripada 1,020 buah sekolah daif yang telah dikenalpasti di Sarawak pada tahun 2016, 415 buah di bawah kategori DS3, 210 kategori DS2 dan 395 di bawah kategori DS1.

Setakat ini, sebanyak 455 buah sekolah di bawah ketiga-tiga kategori dalam proses dibaik pulih dan dibina semula dan sebanyak 245 projek telah siap sepenuhnya.

Manakala, 565 sekolah daif masih di dalam pertimbangan untuk pembangunan di masa hadapan.

Sementara itu, berkenaan permohonan untuk membina sekolah menengah baharu di kawasan DUN Batu Kitang dan Tanjung Batu, beliau berkata untuk DUN Batu Kitang pihaknya masih mengkaji dan mempertimbangkan beberapa aspek.

Bagi DUN Tanjung Batu pula, Kementerian Pendidikan (KPM) telah meluluskan sebuah bangunan berdekatan bandar Bintulu di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).

“Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) telah mengenalpasti lokasi sesuai bagi menempatkan sekolah baharu yang juga akan dimasukkan ke dalam Rolling plan RMK-12,” ujarnya.

Sebanyak RM300 juta telah dibelanjakan oleh pihak kerajaan untuk projek tersebut.

“Kerajaan negeri ada menghulurkan bantuan, ada yang disalurkan melalui RECODA (RM160 juta), dan projek rakyat yang mana di bawah projek rakyat, sebanyak RM140 milion telah dibelanjakan,” tambahnya. – TVS

245 SEKOLAH USANG DI SARAWAK DIBAIK PULIH SETAKAT INI

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan