Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Program Bas Hidrogen Percuma yang bermula pada Januari 2020 merekodkan purata kira-kira 1,000 penumpang sebulan.

DUN Sarawak : Bas hidrogen percuma rekod lebih 18,000 penumpang

BySalasiah Safian

KUCHING, 24 Mei : Program Bas Hidrogen Percuma yang bermula pada Januari 2020 merekodkan purata kira-kira 1,000 penumpang sebulan.

Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin berkata, dari bulan September 2020 hingga April 2022, sebanyak 18,580 penumpang telah direkodkan walaupun bas tersebut hanya beroperasi pada laluan yang terhad.

“Objektif utama bas ini adalah untuk mewujudkan kesedaran tentang aplikasi sel bahan api hidrogen dan juga untuk mengumpul data bagi menyediakan rancangan Sarawak untuk menggunakan bas pengantara menggunakan bahan api hidrogen dalam masa terdekat,” katanya dalam ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan hari keenam, Mesyuarat Kedua bagi Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN) Ke-19, di sini hari ini.

Perkhidmatan ini disediakan secara percuma kepada kepada orang awam, yang merupakan sebahagian daripada perkhidmatan bas henti-henti yang beroperasi di Bandaraya Kuching.

Walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran terutamanya dalam tempoh pandemik COVID-19, pihaknya telah berjaya memastikan bas dapat beroperasi pada tahap yang optimum.

“Ini telah memberikan pengalaman yang tidak ternilai untuk pasukan juruteknik tempatan, Sarawak Metro Sdn. Bhd. menjalankan penyelenggaraan dan memastikan bas hidrogen dapat beroperasi untuk orang awam,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan