Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak sedang mengambil langkah untuk mewartakan 42 kawasan tadahan air bertujuan untuk melindungi serta memelihara sumber air mentah.

DUN Sarawak : 42 kawasan tadahan air dalam usaha untuk diwartakan

ByOdleen Catherny

KUCHING, 24 Mei : Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak sedang mengambil langkah untuk mewartakan 42 kawasan tadahan air bertujuan untuk melindungi serta memelihara sumber air mentah.

Menterinya, Datuk Julaihi Narawi berkata ini bagi memenuhi permintaan air yang semakin meningkat.

“Sebarang pelepasan tanah (release of land) dalam lingkungan 8km radius daripada muka sauk air (raw water intake) hendaklah tidak menjejaskan kualiti air mentah di tempat pengambilan air tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan oleh Para Menteri pada Hari Keenam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19, Mesyuarat Kedua Penggal Pertama, di sini, hari ini.

Sehubungan dengan itu, kementeriannya kini dalam usaha untuk menjalin kerjasama dengan UNIMAS, Akademi Binaan Malaysia dan Sarawak Skills.

Kerjasama berkenaan diharap dapat melahirkan lebih ramai tenaga mahir terutamanya pipe fitter dan mains layer.

“Kolaborasi ini adalah untuk menampung permintaan tenaga kerja yang tinggi bagi projek bekalan air baharu yang akan dilaksanakan dalam RMKe-12,” ujarnya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan