Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 70 peserta dari Sabah dan Sarawak mengambil bahagian dalam festival tersebut dengan menjual barangan kraftangan dan makanan tradisional

Borneo Native Festival ruang penuntut UNIMAS tunjuk bakat

KUCHING, 24 Mei : Lima pelajar dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang terpilih menyertai Borneo Native Festival menzahirkan rasa teruja kerana mampu menyerlahkan potensi serta kemahiran yang dimiliki generasi muda.

Menurut penuntut jurusan Ekonomi Perkhidmatan UNIMAS, Afanisafika Iskandar, pengalaman tersebut amat berharga untuk menimba pengalaman berniaga dan menjana pendapatan sekali gus membantu meningkatkan kemahiran dalam bidang keusahawanan.

Afanisafika Iskandar merupakan pelajar tahun dua jurusan Ekonomi Perkhidmatan UNIMAS.

“Melalui program ini saya dapat menimba pengalaman pertama berdepan dengan pelanggan di luar Sarawak dan ini sangat berharga.

“Saya rasa gembira kerana UNIMAS telah menghantar saya untuk program ini dan saya baru juga berjinak dalam keusahawanan ini,” katanya.

Beliau ditemui baru-baru ini pada Borneo Native Festival yang berlangsung selama tiga hari bermula dari 20 hingga 22 Mei 2022 bertempat di Pasar Seni, Kuala Lumpur.

Bagi Hanif Muhammad pula, program tersebut secara tidak langsung memberi peluang dan ruang kepada golongan belia untuk berkongsi serta mempraktikkan minat dalam bidang keusahawanan.

Hanif Muhammad pelajar UNIMAS yang menyertai Borneo Native Festival.
Antara kraftangan yang dijual di Borneo Native Festival.
Antara kraftangan yang dijual di Borneo Native Festival.

Beliau berharap program seumpama diperluas di masa akan datang.

“Bagi saya program seperti ini perlu diserlahkan lagi bagi mempromosikan produk Sarawak yang tidak pernah dilihat oleh orang luar lagi, lebih-lebih lagi Sarawak banyak mengeluarkan produk yang ‘rare’,” katanya.

Baru-baru ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, Dato Hanifah Hajar Taib komited dalam memastikan produk usahawan dari Sabah dan Sarawak dalam menembusi pasaran global.

Selaras dengan usaha kerajaan dalam mempertingkatkan sosioekonomi di samping memperkenalkan kebudayaan serta produk yang berasal dari Sabah dan Sarawak di mata dunia.

Seramai 70 peserta dari Sabah dan Sarawak mengambil bahagian dalam festival tersebut dengan menjual barangan kraftangan dan makanan tradisional.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan