Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebahagian daripada 102 batang pokok ganja yang dirampas polis dalam serbuan di Janda Baik, Pahang, pada Sabtu lepas. Foto Polis Pahang.

Bekas diplomat bergelar Datuk milik ladang ganja, belajar tanam menerusi Youtube

KUCHING, 24 Mei : Bekas diplomat berpangkat Datuk ditahan polis pada Sabtu lepas kerana disyaki memiliki sebuah ladang ganja yang mempunyai lebih 100 batang pokok di Janda Baik, Pahang.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, suspek mengaku ‘belajar’ menaman menerusi Youtube.

Katanya, benih pula ‘terhasil’ menerusi ganja mampat yang dibeli di Kuala Lumpur, tujuh tahun lepas.

“Suspek mengaku menanam pokok ganja sejak 2015 di ladang seluas dua hektar selain turut memelihara lapan ekor anjing untuk menjaga ladang itu,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di sini hari ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf menunjukkan daun kering disyaki ganja yang turut dirampas polis. Foto Polis Pahang.

Difahamkan, suspek yang berusia 78 tahun pernah bertugas di Kedutaan Malaysia di Asia Tenggara dan Timur Tengah.

Baca >>>  Lelaki Malaysia ‘jaga pokok ganja’ di Australia dilaporkan dibunuh

Ramli berkata, suspek ditahan di sebuah rumah di Kampung Sum Sum Hilir, Bukit Tinggi.

“Nilai keseluruhan rampasan pokok ganja itu mencecah RM62,000 dan polis turut merampas daun kering disyaki daun ganja seberat 1.02 kilogram (kg) yang boleh digunakan oleh seramai 1,020 orang penagih,”katanya.

Beliau memberitahu, polis semalam turut menahan seorang lagi lelaki berusia 53 tahun di Shah Alam, Selangor yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes serbuan di ladang ganja itu.

“Ujian air kencing mendapati suspek positif ganja,”katanya.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 6B dan Seksyen 6 , Akta Dadah Berbahaya 1952. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan