Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar komited untuk sentiasa bekerjasama dengan jawatankuasa pelancongan pejabat daerah bagi mengenalpasti lebih banyak produk pelancongan desa.

Sabah mahu kembangkan pelancongan desa

KOTA KINABALU, 23 Mei : Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah berhasrat untuk memajukan lagi produk pelancongan desa di negeri ini.

Sehubungan itu, kerajaan negeri akan terus komited bekerjasama dengan Jawatankuasa Pelancongan Pejabat Daerah untuk mengenal pasti lebih banyak produk pelancongan desa.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, pihaknya juga memberi sokongan kepada komuniti luar bandar yang berminat untuk mengusahakan aktiviti pelancongan di kawasan masing-masing.

“Kita mahu mencari lebih banyak produk serta kawasan luar bandar yang mempunyai keindahan alam semula jadi yang diyakini mampu menarik minat pengunjung domestik dan antarabangsa.

“Ini sekaligus akan menyumbang kepada ekonomi penduduk desa,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Taklimat Bersama Pegawai-Pegawai Pejabat Daerah dan Pegawai-Pegawai Eksekutif Majlis Daerah di Kota Kinabalu di sini hari ini.

Jafry berkata,sejak kebenaran melancong kembali dibenarkan, kerajaan negeri mendapati ramai yang mengunjungi daerah-daerah yang jauh dari Kota Kinabalu untuk melihat budaya dan cara hidup masyarakat dan menikmati kehijauan kawasan kampung.

“Dalam usaha membangunkan industri pelancongan luar bandar berasaskan komuniti, kita menekankan amalan lestari.

“Perkara ini penting bagi mewujudkan pembangunan pelancongan mampan yang mampu memberi faedah sosio-ekonomi kepada komuniti yang tinggal di kawasan pelancongan, di samping memberi perlindungan kepada alam sekitar dan sumber asli serta meningkatkan pemuliharan warisan budaya,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan