Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
MDEC menafikan tawaran jawatan kerja kosong dan menegaskan pihaknya tidak menjalankan sebarang pengambilan pekerja melalui mesej pesanan ringkas (SMS). 

MDEC nafi tawar kerja kosong melalui SMS 

KUALA LUMPUR, 23 Mei : Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) menafikan tawaran jawatan kerja kosong dan menegaskan pihaknya tidak menjalankan sebarang pengambilan pekerja melalui mesej pesanan ringkas (SMS). 

MDEC dalam kenyataan hari ini mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati menerima SMS yang tular didakwa menggunakan nama syarikat berkenaan.

“Kami telah dimaklumkan terdapat sistem SMS yang menyamar sebagai MDEC menawarkan kerja kosong kepada orang awam.

“Kumpulan ini beroperasi tanpa kebenaran dan pengesahan daripada pihak MDEC,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan orang ramai yang mahukan penjelasan boleh menghubungi Perkhidmatan Pelanggan MDEC (CliC) melalui clic@mdec.com.my.

Orang ramai juga boleh melayari www.mdec.my atau laman sosial rasmi MDEC sekiranya ingin mendapatkan maklumat yang sahih berkenaan dengan program, inisiatif dan peluang pekerjaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan