Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Liputan telekomunikasi 4G di daerah Song untuk kawasan berpenduduk telah meningkat kepada 32.04 peratus pada suku pertama 2022.

Liputan telekomunikasi terus dipertingkat di luar bandar

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 23 Mei: Liputan telekomunikasi 4G di daerah Song untuk kawasan berpenduduk meningkat kepada 32.04 peratus pada suku pertama 2022.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Telekomunikasi), Datuk Liwan Lagang berkata peratusan tersebut meningkat daripada 26.02 peratus pada suku keempat tahun lalu.

“Sebanyak 49 lokasi di Katibas disediakan penyelesaian interim untuk perkhidmatan internet melalui inisiatif Akses Tanpa Wayar Jalur Lebar (jalur lebar satelit) di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

“Manakala bagi program perluasan liputan 4G, sebanyak 19 lokasi telah dikenal pasti di kawasan Katibas dan kini dalam pelbagai peringkat pelaksanaan,” katanya.

Liwan Lagang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan ADUN Katibas, Lidam Assan mengenai status keseluruhan pelaksanaan inisiatif kesalinghubungan di daerah Song.

Liwan menambah penambahbaikan selanjutnya dijangka dilaksanakan selepas selesainya pelbagai program pengembangan liputan di bawah inisiatif SMART dan JENDELA pada tahun hadapan oleh Lembaga Multimedia Sarawak (SMA), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan