Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah dilantik sebagai seorang daripada lima naib presiden Perhimpunan Kesihatan Dunia ke-75.

Khairy dilantik salah seorang Naib Presiden Perhimpunan Kesihatan Dunia ke-75

KUALA LUMPUR, 23 Mei : Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah dilantik sebagai seorang daripada lima naib presiden Perhimpunan Kesihatan Dunia ke-75 yang sedang berlangsung di Geneva, Switzerland.

Khairy dilantik bersama-sama calon yang mewakili empat negara lain iaitu Bulgaria, Indonesia, Togo dan Amerika Syarikat.

Video pengumuman itu telah dikongsikan oleh Menteri Kesihatan itu kepada media tempatan, semalam.

Sementara itu Penasihat kepada Menteri Kesihatan Dimishtra Sittampalam dalam ciapannya mengesahkan pelantikan Khairy.

“Khairy akan mewakili wilayah Pasifik Barat yang terdiri daripada 37 buah negara dan mewakili satu perempat daripada populasi dunia,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan