Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

JUMS Start Biznes! Jelajah Usahawan Muda Saberkas ajak belia ceburi keusahawanan sebagai kerjaya

BETONG, 23 Mei : Bagi menarik minat belia di Sarawak bergiat aktif dan maju dalam bidang keusahawanan Pertubuhan Belia Kebangsaan Sarawak (Saberkas) dengan kerjasama Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan buat julung kalinya mengadakan Program JUMS Start Biznes! Jelajah Usahawan Muda Saberkas pada Sabtu lalu.

Memilih Betong untuk siri pertama jelajah berkenaan seramai 147 peserta telah hadir yang terdiri belia dari seluruh Betong.

Program telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak merangkap Naib Presiden Saberkas Datuk Gerald Rentap Jabu.

Menurut Penyelaras Program, Nizam Khalyd program bermatlamat bagi memberi inspirasi dan motivasi kepada para belia di Sarawak sekaligus menyediakan platform kepada mereka mengenali erti dunia keusahawanan melalui kisah inspirasi usahawan muda tempatan yang berjaya.

“JUMS Start Biznes! Jelajah Usahawan Muda Saberkas inj merupakan initiatif Jawatankuasa Kecil Pembangunan dan Ekonomi Saberkas bersempena dengan Jubli Emas 50 Tahun Saberkas.

Jelajah pertama di Betong pada Sabtu lalu dan seramai 147 belia hadir ke program berkenaan.
Foto : Saberkas )

“Program ini akan menyediakan platform kepada para belia untuk mengenali erti dunia keusahawanan melalui cerita kejayaan daripada usahwan tempatan dan juga ikon-ikon belia.

“Untuk itu usahawan-usahawan muda yang berjaya dalam perniagaan mereka dalam pelbagai prosek dari seluruh Sarawak akan dibawa untuk berkongsi pengalaman mereka dalam program ini,” katanya ketika dihubungi TVS.

Beliau yakin bahawa Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan yang diterajui oleh Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah yang juga merangkap Presiden Saberkas akan terus bersama-sama memastikan penglibatan belia di dalam pembangunan usahawan di Sarawak maju dan cemerlang.

“Oleh itu, usaha-usaha daripada kerajaan seperti bantuan geran, program berbentuk penjanaan semula ekonomi amat dialu-alukan dan belia harus mengambil peluang dan platform berkenaan untuk mendalami bidang keusahawanan dan perniagaan setelah hampir dua tahun kita berhadapan dengan pandemik COVID-19.

“Maka tinggi harapan saya sekiranya program dapat mengoptimumkan impak dalam membangunkan belia secara holistik, malah ia diharap akan mengerak hati dan minat belia di Sarawak untuk memilih usahawan sebagai kerjaya dan sara hidup.

“Dengan itu, kita dapat melahirkan lebih ramai usahawan belia yang berjaya dan berdaya saing hingga ke peringkat antarabangsa,” katanya lagi.

Antara usahawan berjaya yang dijemput ialah Ikon Belia Sarawak Ahmad Qadri Basri selaku “Malaysia 100 Top Young CEO 2020”, Jessie Ting pemilik Jessie Cake Designer, Stokis Produk SugarBomb Brolin Golayous dan Jurufoto Asri Mostapha.

Manakala antara agensi-agensi yang terlibat pada program pertama kali ini adalah Agrobank, Pejabat Daerah Betong, Centex Commercial, Politeknik Betong dan agensi-agensi lain.

Turut hadir ialah Residen Betong Richard Micheal Abunawas, Pengarah, Pembangunan Usahawan dan Komuniti SEDC Nik Adam Abdillah Kipali, Naib Presiden Saberkas Abg Abdul Aziz Datuk Abang Abdul Rauf, Setiausaha Saberkas Cawangan Layar selaku penyelaras Bersama James Aigat, Ketua-Ketua Jabatan, Exco-Exco Negeri, Ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan Saberkas dan ahli-ahli Saberkas.

Sehingga kini Saberkas merupakan salah satu pertubuhan belia terbesar di Sarawak dengan jumlah keahlian seramai 45,000 ahli -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan