Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
“Sehubungan itu, kerajaan akan memfokuskan kepada meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam pembangunan industri ternakan ruminan (lembu, kerbau dan kambing) di Sarawak. "

DUN Sarawak : Tahap sara diri bagi daging lembu dan kambing masih rendah

BySalasiah Safian

KUCHING, 23 Mei : Sarawak telah mencapai tahap sara diri melebihi 100 peratus bagi daging ayam manakala peratusan rendah direkodkan bagi daging lembu dan kambing.

Menurut Timbalan Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, kerajaan akan membantu para penternak untuk memperluaskan industri tersebut bagi tujuan eksport.

“Manakala, tahap sara diri bagi daging lembu dan kambing adalah masih pada tahap yang rendah, iaitu 12 peratus dan 5.5 peratus.

“Sehubungan itu, kerajaan akan memfokuskan kepada meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam pembangunan industri ternakan ruminan (lembu, kerbau dan kambing) di Sarawak.

“Untuk tujuan ini, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak telah mengambil inisiatif Public-Private Partnership (PPP) menswastakan Stesen-stesen Ternakan,” katanya bagi menjawab persoalan daripada ADUN Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor pada persidangan hari kelima Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-19 Sarawak, di sini hari ini.

Setakat ini, dua buah Stesen Ternakan telah diswastakan iaitu Stesen Ternakan Temudok, Sri Aman (pengeluaran baka kambing berkualiti) dan Stesen Ternakan Karabungan, Miri (pengeluaran baka lembu berkualiti).

Kementeriannya juga telah merancang untuk menswastakan Stesen Ternakan Meragang, Lawas bagi pengeluaran kerbau berkualiti.

“Melalui penswastaan stesen ternakan tadi, syarikat peneraju yang dilantik akan memainkan peranan penting dalam pengeluaran baka ternakan ruminan yang berkualiti dan bebas penyakit untuk diberikan kepada penternak-penternak yang berminat. Oleh itu, penternak ruminan kecilan akan mendapat manfaat dengan baka yang berkualiti yang dihasilkan oleh syarikat peneraju tersebut,” ujarnya.

Dalam pada itu, syarikat peneraju juga memainkan peranan sebagai agen dalam yang membantu pertama memasarkan hasil ternakan penternak kecil-kecilan dan yang kedua membantu menternak kecil-kecilan dalam penggunaan teknologi penternakan dan pengurusan ladang moden. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan