Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman memohon agar pelantikan kontraktor baharu untuk projek pembesaran Jalan Matang dipercepatkan.

DUN Sarawak : Lantik segera kontraktor siapkan projek tergendala – Fazzrudin

BySalasiah Safian

KUCHING, 23 Mei : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman memohon supaya pelantikan kontraktor baharu untuk projek pembesaran Jalan Matang dipercepatkan.

Katanya,ini bagi memastikan keselesaan serta keselamatan pengguna yang melalui jalan berkenaan.

Fazzrudin berkata, beliau berterima kasih kepada kerajaan yang meluluskan projek itu pada 2019 namun berdepan masalah apabila kontraktor gagal melaksanakan kerja- kerja naik taraf dan seterusnya ditamatkan kontrak.

“Setelah projek ini siap kelak, lalu lintas ke bulatan Emart Matang akan lancar.

“Oleh itu, saya ingin memohon agar shallow underpass dibina di bulatan itu untuk mengelak kesesakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahas usul penghargaan di atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tuan Yang Terutama, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Sementara itu, Fazzrudin turut meminta kerajaan mengkaji langkah sesuai untuk menediakan dana atau sistem pinjaman yang boleh membantu pemaju menyiapkan projek perumahan tergendala.

Langkah ini katanya bukan untuk menguntungkan pemaju sebaliknya bagin membantu pembeli rumah yang teraniaya.

“Di kawasan saya juga terdapat isu perumahan lambat siap atau hampir tergendala disebabkan masalah kewangan pemaju seperti Projek Taman Sri Kenyalang,”katanya.

Seterusnya, beliau juga berharap agar Kompleks Semarak di Pinang Jaya dapat dihidupkan semula selari dengan perubahan semasa.

“Selain menyediakan infrastruktur kepada penjaja kecil, ia juga dapat memberi ruang kepada mereka untuk mengembangkan perniagaan melalui teknologi digital,”katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan