HANOI, 22 Mei : Malaysia menambah kutipan dua pingat emas menerusi acara Muay Thai dan badminton beregu campuran pada Sukan SEA Ke-31 hari ini.
Pingat emas yang ke-38 disumbangkan oleh gandingan Chen Tang Jie-Peck Yen Wei yang menewaskan rakan senegara, Hoo Pang Ron-Cheah Yee See pada final di Gimnasium Bac Giang.
Sementara itu, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib yang membuat penampilan sulung pada temasya ini turut tidak mengecewakan apabila menang pingat emas kategori 54 kilogram menewaskan atlet tuan rumah, Huynh Hoang Phi .
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menerusi hantaran di Facebook mengucapkan tahniah kepada barisan wira negara yang bertarung untuk memastikan lagu Negaraku berkumandang di bumi Vietnam hari ini.
Berbalik kemenangan pasangan Tang Jie dan Peck Yen Wei , ia sebenarnya turut menamatkan penantian negara selama 23 tahun untuk menang acara berkenaan.
Kali terakhir pasangan Malaysia menjuarai acara berkenaan ialah menerusi pgandingan Chew Choon Eng-Chor Hooi Yee ketika Sukan SEA ke-20 di Brunei pada 2019.
Gandingan ini menduduki kini menduduki ranking ke-29 dalam ranking Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) membuat penampilan terakhir mereka pada pentas Sukan SEA.
Bagi Ahmad Nor Iman pula yang bakal berusia 18 tahun tahun ini, kejayaan emas itu mengulangi pencapaian muncul juara remaja dunia kategori sama tahun lepas. -TVS