KUCHING, 22 Mei : Tiga ratu cantik pelancongan masing – masing dari Malaysia, Vietnam dan Indonesia hari ini diberi peluang menyelusuri keindahan Sungai Sarawak yang menjadi produk pelancongan di negeri ini.
Miss Tourism Internation Malaysia tahun lepas, How Zo Ee bersama wakil Vietnam,Hoang Thi Huong dan ratu Indonesia, Jessy Silana Wongsodiharjo turut diberi penerangan mengenai sejarah sungai berkenaan yang pernah menjadi nadi ekonomi utama negeri terbesar di Malaysia itu.
Zo Ee,22, yang berasal dari Selangor berkata, ‘pelayaran’ itu menjadi kenangan manis kepadanya sebelum memahkotakan penggantinya.
“Saya berharap wakil Malaysia yang seterusnya akan menyambung usaha mempromosikan bidang pelancongan dan kebudayaan negara ke seluruh dunia,”katanya kepada TVS.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan I negeri , Datuk Sebastian Ting yang turut sertai pelayaran itu berkata, pihaknya berbesar hati kerana Kuching diberi penghormatan untuk menganjurkan Miss Tourism International (MIT) 2022 setelah kali terakhir 25 tahun lepas.
Baca >>>Â Â Sarawak sokong Miss Tourism International promosi budaya
Katanya, acara berkenaan merupakan antara inisiatif untuk ‘menjemput dunia’ ke Sarawak.
“Sempena meraikan Jubli Perak MIT, kementerian akan memberi sokongan penuh kepada penganjur.
“Kita yakin bahawa ia akan menjadi acara yang bermakna dan penting bagi Sarawak,”katanya.
Sepanjang 18 hari acara bermula yang bermula pada 13 hingga 27 November depan di RAIA Hotel dan Pusat Konvensyen, beberapa program sempena pertandingan itu akan turut dicatatkan dalam Malaysia Book of Record. -TVS