Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pihak pembangkang iaitu Parti Buruh dijangka memenangi pilihan raya persekutuan Australia.

Pembangkang dijangka memenangi Pilihan Raya Australia

CANBERRA, 22 Mei : Pihak pembangkang iaitu Parti Buruh dijangka memenangi pilihan raya persekutuan Australia, dan Anthony Albanese dijangka menjadi perdana menteri baharu negara itu, lapor agensi berita Xinhua memetik jangkaan media tempatan.

Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) pada malam Sabtu mengunjurkan bahawa Parti Buruh akan membentuk kerajaan buat pertama kali sejak 2013.

 Ia akan menandakan berakhirnya pemerintahan parti Coalition selama sembilan tahun dan Scott Morrison sebagai perdana menteri.

Bagaimanapun, masih tidak jelas sama ada Parti Buruh akan memenangi 76 daripada 151 Kerusi di Dewan Rakyat, bilangan yang diperlukan untuk membentuk kerajaan majoriti.

Jika parti itu gagal memenangi 76 kerusi, mereka dijangka mengadakan rundingan dengan parti-parti kecil dan bebas untuk mendapatkan sokongan membentuk kerajaan minoriti.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan