Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiga tekong bersama tiga orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditangkap oleh Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia dalam serbuan yang dilaksanakan pada 22 Mei 2022.
Tiga lelaki tempatan dan tiga PATI yang ditahan oleh anggota Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia di Rimbunan Hijau dalam operasi pagi tadi.

Lelaki tempatan seludup PATI dan dadah diberkas tentera

SAMARAHAN 22 Mei : Tiga lelaki tempatan bukan sahaja melakukan kesalahan menyeludup Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) malah lebih berani, turut ‘mengangkut’ dadah masuk ke negara ini.

Tindakan trio itu bagaimanapun membawa padah apabila mereka ditahan oleh sepasukan anggota dari Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia di ladang kelapa sawit Rimbunan Hijau yang terletak kira – kira 600 meter dari sempadan Malaysia – Indonesia pada pukul 6 pagi tadi.

Menurut Sel Perhubungan Raya markas berkenaan, kesemua suspek yang berusia 25 hingga 35 tahun dipercayai bertindak sebagai tekong untuk membawa masuk PATI ke negara ini menerusi laluan yang tidak sah.

Baca >>>  PATI gagal ‘balik kampung’ bersama wang puluhan ribu dan barang kemas

Baca >>>  Wanita tempatan jadi tekong bawa PATI ditahan polis

“Ketika kejadian, anggota bertugas mengesan tiga buah motosikal yang dinaiki oleh lima lelaki dan seorang wanita dalam keadaan mencurigakan.

“Selepas ditahan, pemeriksaan mendapati mereka membawa tiga PATI terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita,”jelas kenyataan itu.

Menurut Markas 1 Divisyen, pemeriksaan lanjut turut menemui satu bungkusan dipercayai dadah jenis Methamphetamine seberat 10 gram.

Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM 20,248 00 melibatkan tiga buah motosikal, wang tunai serta enam buah telefon bimbit.

Kesemua mereka diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Balai Polis Lundu untuk tindakan lanjut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan