Lawatan Biden dijangka memberi tumpuan terhadap kesediaan kedua-dua sekutu itu berdepan ancaman nuklear dan peluru berpandu Korea Utara.

Joe Biden bakal lawat pusat operasi tentera Korea Selatan

ByBernama

SEOUL, 22 Mei : Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol dan rakan sejawatannya dari Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dijadual melawat pusat operasi Tentera Udara pada Ahad, aturcara terakhir  kunjungan tiga hari Biden ke Korea Selatan, lapor agensi berita Yonhap.

Kedua-dua mereka akan ke Pusat Operasi Udara dan Angkasa Korea Selatan itu di Pangkalan Udara Osan di Pyeongtaek, terletak 70 kilometer ke selatan Seoul, untuk mendengar taklimat dan memberi sokongan kepada tentera Amerika dan Korea Selatan yang ditempatkan di situ.

Lawatan itu dijangka memberi tumpuan terhadap kesediaan kedua-dua sekutu itu berdepan ancaman nuklear dan peluru berpandu Korea Utara selepas Yoon dan Biden bersetuju memperluaskan skop latihan ketenteraan bersama ketika sidang kemuncak pada Sabtu.

Biden menjadi presiden AS pertama untuk melawat pusat itu, yang terletak di bawah paras mukabumi dan berfungsi sebagai kubu utama operasi udara dan angkasa lepas, manakala Yoon menjadi presiden Korea Selatan pertama yang berbuat demikian dalam tempoh 13 tahun.

Sebelum itu, Biden dijadualkan bertemu dengan Pengerusi Kumpulan Hyundai Motor Euisun Chung.

Pada Sabtu, syarikat itu mengumumkan rancangan untuk melabur US$5.54 bilion dalam pembinaan kilang pembuatan kenderaan elektrik dan bateri kereta di Georgia, AS.

Biden akan berangkat ke Jepun pada petang Ahad. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan